LilySlim Weight loss tickers

Wednesday, 19 December 2012

my herbalife mission...=)


YA ALLAH,
Engkau mengetahui hati-hati ini,
Telah berkumpul kerana mengasihi-Mu,
Bertemu untuk mematuhi perintah-Mu,
Bersatu memikul beban dakwah-Mu,
Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini,
Akan jalan-Nya yang sebenar,
Penuhkanlah hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu,
Yang tidak kunjung malap,
Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan Iman dan keyakinan,
Dan keindahan tawakkal kepada-Mu,
Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentang-Mu,
Jika Engkau mentakdirkan mati,
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini,
Sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu,
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong,



achu mulakan post kali ni dgn ucapan
BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM..
sape tau doa kat atas ni?? ni adelah doa rabitah,doa yang sepatutnye dapat mengikat hati2 kita sbg umat islam supaya kita bersatu dalam perjuangan hidup di jalan yang benar..bagi achu pula, doa ni sgt menolong achu utk menghilangkan perasaan yg tidak baik dlm diri achu cthnyer macam dengki ker, iri hati ker..pernah x rase macam tu??
kalau boley, achu nak doakan semua org disekeliling achu berjaya capai apa yang dihajati dan menjadi manusia yang diredhai Allah..aminn..sebab kite semua adalah saudara..

ok, sbnrnye achu juz nak share tentang perjuangan baru achu dalam family herbalife, achu masih sangat2 baru dalam menceburi bidang ni..maybe banyak lagi yang achu perlu belajar utk menjadi seorang distributor herbalife yg berjaya..i really want to help people change their life..actually, semua niat dan intention org2 herbalife semua same jer, kami ingin menyebarkan nutrisi yang sihat kepada semua org agar xde pon org sakit kat dunia ni, dan xde org yg guna cara yg slh utk kurus dan cantik....in fact, misi ni telah lama ade dlm herbalife yg bermula dgn tragedi yang menimpa mark hughes..actually, mark hughes ni la yg buat herbalife bcoz of his love towards his mother..

alkisahnye bermula apabila...jeng..jeng..
mark hughes memulai herbalife untuk membantu org ramai menurunkan berat badan secara aman, serta memperbaiki kesihatan dan kesejahteraan hidup mereka..ibunya dulu, tlh guna pelbagai usaha seperti ambil pil2 diet sehingga overdose semata2 nak kurus..and because of that, she died..mark hughes telah menggunakan usia muda beliau utk membantu orang yang ingin menurunkan berat badan..beliau xnak org ramai kehilangan ibu atau org yg t'syg sbb ingin menurunkan berat badan..sob2x...sedey...
if i was in his situation, sedey kowt..achu xnk org berdiet utk kurus dgn cara yg x sihat..tolonglah sedar yang anugerah kesihatan tu sgt bernilai yg Allah bagi kita, supaya kita boleh beribadah, melihat keagungan ciptaan Allah..merasai hidup berkasih-sayang..plizz jgn buat perkara bodoh kat diri sendiri..

ok, achu nak cite plak pengalaman achu dlm nak kuruskan badan ni..achu jarang mkn malam sbb takut gemuk, memang tahan jer sampai perut rase pedih..sian kan..achu dah dera perut achu..padahal dia dah nangis2 dan nak makan..nak makan..memang ase sgt x sihat, badan pon ase letih jer..x semangat nak buat apa..tp xde efek pon achu tahan makan, klu ade pon sikt jer tp bila dah start mkn mcm biase dia naik balik..adoi2..x boley jadi ni...


and part yg lagi sedih sbnrnyer, achu dah start ase nak kuruskan badan since darjah 5..can u imagine that..sbb dulu jiran achu suka ejek gemuk..wa tacing gler beb time tu.yela budak baru nak membesar kan, lpas tu ckp gemuk..huh benci tau..achu sampai x mkn nsi langsung..sian mak, masak penat2 x makan..lpas tu badan achu surut gler2..byangkan time kecik2 pon dah mcm tu..so being gemuk ni sgt x  best dan menggembirakan..(well xdela gemuk sgt, cuma jenis chubby).. sedey..down..tp achu memang menyesal gler sbb x mkn mase dulu sbb skrg ni ketinggian achu dah t'bantut..kalau tgkap gambar dok kat depan sbb pendek..enci tau gegerl..(kenapa pendek??? sbb achu x bagi nutrisi yg cukup masa tempoh pembesaran, so badan x dpt m'besar dgn sempurna)





tp after i was introduced with herbalife, achu dah tak tahan2 makan lagi dah..dah tahu cara yang sihat utk beridet tanpa mendera perut sendiri..skrg achu dah slim walaupun kadang2 ade jgk curi2 makan makanan berat waktu mlm cthnyer mcm mcD ke, KFC..tp still berat maintain..bcoz walau berat mcm mana pon makanan yg achu mkn tu, seberat lori ke, dinasour ker.. it can be burn easily with teamix herbalife..so kalori tu x dpt jadi lemak...yeay..lemak vs teamix= lemak kalah..i want to admit that i am a teamix lover..wajib ade dlm handbag ni walau g mana2 pon..klu ase2 b'slh sbb dah mkn banyak, trus bakar kalori tu..then boley lega dah lepas tu. lg best bile minum teamix ni time panas2 and ade period pain, ase trus ok dan boley tidoq dgn lenanyarr..selalunya klu achu xnk ase mengantuk cth mase drive pegi mane2 ke kan, achu akan minum teamix instead of minuman yg berkafein mcm kopi tu ataupon minum tenaga..sbb minuman mcm ni x sihat sbb ade gula yg tinggi..its not gud for ur health ok...tu just part of herbalife product achu guna, sbnrnyer ade lagi...tp next entry la..ni achu sertakan gmbar teamix..





so sape yang boley guna produj herbalife ni???
1) org yang ade masalah kesihatan or nak maintain kesihatan (ni sbg contoh jer, byk lagi masalah kesihatan yg dah improved dgn nutrisi herbalife ^_^)





2)org yg nak lose weight





3) org yang nak gain weight





4) org yg nak build muscle





5) org yang nak jaga kecantikan (masalah kulit, jerawat etc...)






6) org yg nak awet muda





semua boley belaka bcoz herbalife is a nutrition yg bagi makanan sihat kat sel badan, so logiknya sel badan kite pon akan produce result yg tersendiri..kulit jadi lagi cantik, badan x byk lemak, kurang toksin, lagi sihat dan bertenaga..so herbalife is a nutrition for all..




Sunday, 16 December 2012

mengapa penyakit gout????



rujukan dari: http://tayibah.com/eIslam/gout.htm
GOUT
                                     


Penyakit Gout merupakan satu bentuk arthritis yang disebabkan oleh hyperuricemia. Hyperuricemia ditakrifkan sebagai aras plasma urate (asid urik) melebihi 420 μmol/L (7.0 mg/dL); hyperuricemia adalah ciri-ciri utama gout dan pasti ada bagi penyakit gout walaupun aras asid urik yang tinggi tidak semestinya bererti seseorang itu akan mengidap penyakit gaut.GOUT memang sudah sebati dikaitkan sebagai penyakit lelaki dan ia jarang sekali berlaku kepada wanita. Jika ada pun, kemungkinan berlaku hanyalah selepas wanita mengalami menopaus.
Apabila gout menyerang, kaki akan menjadi bengkak, panas dan amat sakit hingga ada sesetengah pesakit tidak boleh berjalan. Malah, kesakitan ini boleh berlanjutan beberapa hari dan hanya hilang dengan pengambilan ubat.

Gout mula dikenal pasti lebih 2,000 tahun dulu dan dikatakan antara penyakit tertua. Dulunya ia dipanggil penyakit orang kaya lantaran ia dikaitkan dengan pengambilan makanan dan minuman yang terlalu banyak khasiat.

Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.

Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan.

Menurut Perunding Pembedahan Ortopedik dan Trauma, Dr Robert Penafort, punca sebenar masalah metabolik masih belum diketahui bagaimanapun individu yang menghidap kencing manis, obesiti dan sakit buah pinggang juga berisiko mendapat gout.Aras asid urik yang tinggi dikaitkan dengan usia, obesiti, type IV hyperlipidaemia, diabetes mellitus, ischaemic heart disease dan hypertension. Kadang kala, seseorang itu mewarisi kecacatan genetik dari keluarga mereka.

Tisu lembut

Gout boleh dibahagikan kepada empat peringkat; asimptomatik (tiada simptom), akut, interkritikal dan kronik. Dalam kes akut, simptom gout berlaku secara cepat dan tiba-tiba; biasanya hanya menyerang tisu lembut pada beberapa sendi.

Manakala bagi peringkat kronik, serangan gout boleh berlaku berulang-ulang yang dipanggil polyarticular gout. Pesakit akan berasa amat sakit, kejang dan kaki berubah bentuk. Ada juga yang mungkin menghadapi masalah kaki bengkak, merah, panas dan demam.

Pengumpulan asid ini boleh dilihat melalui kulit akibat pembentukan bonjolan kecil yang dipanggil tophi. Pada keadaan yang lebih serius, tophi yang terlalu besar mungkin pecah dan mengeluarkan bahan seperti kapur.

“Selain kaki, gout juga boleh berlaku pada anggota badan yang lain seperti buku lali, lutut, tangan dan pergelangan tangan. Kesakitan boleh berlanjutan antara lima hingga 10 hari mengikut keadaan pesakit. Sendi yang diserang gout akan bengkak, merah dan panas.

“Secara semula jadi asid urik akan larutkan dalam darah dan disingkirkan daripada badan melalui air kencing. Adakalanya badan menghasilkan terlalu banyak sehingga ia berkumpul menjadi kristal berbentuk jarum pada sendi atau tisu sekelilingnya menyebabkan sendi bengkak dan sakit,” katanya.

Bagaimanapun, bukan semua sakit sendi disebabkan kristal asid urik kerana pemendapan kalsium pirofosfat dihidrat juga boleh menyebabkan kesakitan pada pergelangan kaki, lutut dan pergelangan tangan — yang dipanggil gout palsu atau pseudogout.
Tanda-tanda

Ciri-ciri klasik adalah sakit melampau ( excruciating pain ) yang mengejut biasanya bermula hanya pada satu sendi, terutamanya ibu jari kaki (75% daripada serangan pertama adalah sendi metatarsal-phalangeal pertama).

                                       

FAKTOR RISIKO
·  Jantina — Secara umumnya, lelaki lebih berisiko mendapat gout pada kadar 90 peratus kes yang dilaporkan.
·  Gaya hidup — Individu yang banyak minum minuman keras terutama bir dikatakan lebih berisiko mendapat gout.
·  Obesiti — Terutama bagi individu yang mempunyai berat badan lebih 66 kilogram daripada berat badan normal.
·  Penyakit, keadaan kesihatan dan ubat — Sesetengah penyakit seperti tekanan darah tinggi yang tidak dikawal, diabetes, hiperdislipidemia (paras lemak dan kolesterol yang tinggi) dan arteriosklerosis (penyempitan salur darah) juga boleh menyebabkan gout.
Individu yang menjalani pembedahan atau mendapat sakit tenat secara tiba-tiba dan terlantar lama juga boleh mengalami peningkatan asid urik dalam badannya. Malah, ubat mengawal tekanan darah dan kemoterapi juga dikenal pasti boleh meningkatkan paras asid urik dalam badan pesakit.
·  Genetik — Kajian mendapati satu daripada empat pesakit datang daripada keluarga yang ada masalah gout.
·  Umur — Biasanya gout menyerang pesakit tua tetapi kini banyak kes membabitkan pesakit berumur 30 hingga 50 tahun. Manakala bagi wanita, kebanyakan kes bermula selepas umur putus haid.

Bila sepatutnya mendapatkan rawatan? Kata Dr Penafort, apabila sendi berasa panas, bengkak dan sakit kerana jika tidak dirawat masalah ini akan bertambah buruk serta boleh menyebabkan kerosakan sendi.

Malah, individu yang mengalami masalah kencing manis, obesiti, anemia, pesakit buah pinggang atau pengambilan ubat yang mengganggu pengkumuhan asid urik turut berisiko mendapat gout. .

Menurut Dr Penafort, asid urik biasanya disingkirkan daripada badan melalui air kencing dan najis. Kegagalan badan mengeluarkan asid urik berlebihan akan menyebabkan ia mendak dan berkumpul sama ada di sendi, buah pinggang atau kulit.

Mewarisi

Gout juga biasa dikaitkan dengan tabiat pemakanan tidak sihat dan seimbang. Walaupun begitu, dalam sesetengah kes ia boleh diwarisi, terutama individu yang tiada enzim untuk membuang asid urik.

Gout juga boleh disebabkan masalah obesiti, gemuk, tekanan, kerosakan buah pinggang. Bagi individu yang mempunyai masalah gout, mereka disarankan untuk berpantang sedikit dan menghindarkan makanan kaya purin seperti bijirin, makanan laut, makanan berprotein tinggi, ikan bilis, minuman keras, kicap, teh dan kopi. Sebaliknya, minum lebih banyak air masak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari dan kerap bersenam.

Buat masa sekarang, tiada rawatan khas untuk menyembuhakan gout tetapi masalah ini boleh diatasi dan dikawal dengan mengambil ubat tahan sakit seperti endometacin (indocid) dan diclofenac (voltaren).

Individu yang kerap mengalami serangan gout sebaik-baiknya mempunyai bekalan ubat allopurinol di rumah untuk mengimbangkan paras asid urik dalam badan yang perlu diambil sepanjang hayat.

Beberapa ubat yang dicadangkan bagi rawatan jangka panjang termasuk uricosuric (probenecid dan sulphinpyrazone).
Manakala untuk serangan mendadak, pesakit boleh mengambil ubat antiinflamatori bukan steroid (NSAIDs), colchicine (untuk serangan yang kurang kerap) dan corticosteroids.

Diagnosis

Diagnosis tepat bagi gout adalah melalui microscopi ( fluid aspirated ) sendi dari sendi (ujian ini mungkin sukar dilaksanakan) untuk membuktikan kristal monosodium urate intrasellular dalam cecair synovial polymorphonuclear leukocytes.
Aras Serum urate biasanya meningkat. Serum urea dan creatinine mungkin meningkat sekiranya terdapat kegagalan ginjal.
Rawatan

Rawatan awal adalah penghilang sakit. Apabila diognasa telah disahkan, dadah pilihan adalah (colchicine, nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs), atau intraarticular glucocorticoids ). (Dalam bahasa Inggeris)
Rawatan jangka panjang adalah terapi antihyperuricemik. Perubahan permakanan mampu membuat perubahan kecil kepada mengurangkan aras plasma urate jika diet rendah ( purines ) diambil. Rawatan utama gaut adalah dadah allopurinol, satu pemendam xanthine oxidase, yang bertindak dengan mengurangkan penghasilan asid urik, dan meningkat penyingkiran asid urik berlebihan melalui air kencing.
Keputusan mengambil allopurinol sering kali merupakan keputusan sepanjang hayat. Terdapat pesakit yang berhenti pengambilan allopurinol diketahui kembali mendapat gaut arthritik akut, disebabkan pertukaran aras serum urate kelihatannya meningkatkan penhasilan kristal.
Oleh kerana arterial hypertension sering wujud seiring dengan gout rawatan yang diberikan dengan menggunakan losartan, musuh penerima AT, mungkin mempunyai kebaikan tambahan pada aras plasma asid urik. Dengan ini, losartan boleh mengimbangi kesan sampangin negetif thizides pada metabolisma pesakit gaut.
Menariknya, sejenis dadah lain, fenofibrate, digunakan untuk merawat hyperlipidemia, juga memberikan kesan baik pada kesan uricosuric.


            


Diet rendah Purine:
ceri didapati mampu mengurangkan asid urik
strawberry juga dikatakan membawa kebaikan sekiranya di makan.
elakkan makanan tinggi purine, iaitu yang berasal dari sumber protin
hadkan daging kepada satu hidangan sehari
Jangan makan
sweetbreads, buah pinggang, hati, otak, atau sebarang daging organ lain
sardin
ikan bilis
hasil daging, consommés, dan ( gravies )
Guna secara berhemah:
asparagus, kacang, lentils, peas, cendawan, cauliflower, spinach, rhubarb
Elakkan kurang air:
Minum banyak cecair, terutamanya air, untuk mecairkan dan membantu proses penyingkiran urate;
Cuba elakkan makanan atau ubat diuretik seperti aspirin, vitamin C, tea dan alkohol.
Joe-Pye weed menyingkir asid urik dengan pantas, tetapi pengunaan berterusan boleh merosakkan hati atau buah pinggang.

Thursday, 13 December 2012

blog berwajah baru

huhu..ni first time buka blog ni balik..
dah lame x berjaga oleh tuan dia..
apa pon x bulehhhh..;P
sbnrnye macam ni, achu ade buat blog lain tp blog tu private utk org2 yg tertentu sahaja..
kat situ utk luahan hati dan rasa achu bersama dgn org tersayang..so a bit malu la klu
nak tunjuk kat org....(tangan di dada dgn menyampah)..wateve..

ok now, xmau cite panjang2 dah..sbnrye skrg achu dah terlibat dengan aktiviti yg sgt berbahaya..
boleh menyebabkan korang semua pengsan....kenapa bahaya ek?haha..saje je gimik sket..bahaya tu sbb achu dah turun 5kg so now i makin slim la..

after dah slim ni, i could see a big changes in me..achu x letih2 dah, lg bersemangat and
x cpt mengantuk..badan pon dah x rase lemah mcm dulu, meaning dat tu satu perubahan yg bagus la
kan..the best part is achu dpt jadi kurus and x chubby dah..yeayyy...ingt lagi time sekolah dulu
kawan achu suke ejek achu ni chubby, and now dorang ckp achu dah slim..hehe..shuke2....




ok ni gambar achu masa awal tahun hari tu, selalunyer achu ni klu nak pilih gambar masuk facebook mesti nak pilih btol2 sbb kebanyakan gmbar nampak chubby..kena tgk side2 dia jgk..ade side nmpk kurus, ade side nmpk gemuk..huhu...sbb tu kdg2 t'paksa untag gmbar kat fb sbb malu..nmpk chubby..
seingat achu, berat time ni selalu 48, 49, 50..x pernah lagi bawah 45, klu 45 pon time sekolah dulu jer...tu pon x sesuai dgn tinggi..achu ni rendah org nyer tinggi dalam kurang 150cm jer..


 ok ni gambar time event zero to hero hari tu, ni gambar plg latest tau..time ni berat achu 44kg.. klu tgk gmbr memang lbey kurang same je kan..tp sbnrnyer ramai la yg tegur achu nmpk lg slim..achu pon perasan la, seluar jeans yg memang ketat kat bahagian pinggul dulu senang jer sarung..hehe...shuke2...lg satu, pipi achu dah x tembam macam dulu dah..dia dah reshape sikit..kan2x..

ok solutionnyer sbnrnyer achu makan produk

HERBALIFE

alhamdulillah,achu diperkenalkan dengan produk yg sgt ajaib ni..yg dah byk tlng diri achu..sbb dulu achu ade buasir so memang takutla..org ckp buasir ni sakit kalau dah peringkat teruk..huhu..nak nangis jgk la time tu, kite elok2 sihat tiba2 doktor ckp ade buasir..then, achu pon mkn la produk herbalife..first day achu mkn memang asyik berah berdarah jer.. smpai mengalir kat kaki..mase tu dah start risau dah..btl ke produk herbalife ni bagus kan..pastu jumpa balik doktor tu, dia ckp suh benti dulu mkn produk ni, mane tau sbb kesan produk herbalife ni achu jadi macam tu..then my sponsor aka my bestfriend Aina dia tnye kak mira which pernah ade buasir dulu..then kak mira ckp berdarah tu adelah satu healing process utk badan kita adapt dgn nutrisi herbalife..so achu yakin and terus consume produk ni and Alhamdulillah skrg ni achu dah xde buasir dah..bersyukur sgt pada Allah.. yela, achu ade impian nak jadi ibu pada anak2 yg ramai, klu ade buasir akan effect sistem peranakan..huhu..

ok sesiapa yg ade buasir or ade mslh kesihatan and makan herbalife, korang akan perasan ade perubahan kat diri korang..mase ni badan kita tgh melakukan proses pembaikpulihan sbb dpt nutrisi2 yg sihat dari shake herbalife..so somehow, herbalife sgt2 membekalkan nutrisi2 yg diperlukan badan kita..herbalife ni senang jer, dia menggunakan konsep nutrisi selular yg bagi makanan kat setiap sel badan..so bila sel badan sihat, organ2 kita pun sihat la, and seterusnya sistem badan kita pon akan berfungsi dgn lancar..cthnyer masalh buasir ni, antara punca dia sbb  masalah sembelit, berat badan berlebihan yg memberi tekanan dekat venus kite..sembelit dgn berat badan berlebihan ni dah sah2 disebabkan oleh corak pemakanan kite kan..kite kurang makan serat , sbb tu lah jadi masalh sembelit..tp dgn herbalife dia ade
                           55 NUTRISI, ASID AMINO, SERAT DAN HERBA TERPILIH..
banyak kan..badan kite memerlukan 114 nutrisi sehari, tp mkn shake je dah membekalkan separuh dari keperluan tu, and tambah dari pemakanan yg lain..Alhamdulillah dah cukup la utk satu hari punya keperluan nutrisi..cuba fikirkan kalau kite masih mengamalkan pemakanan harian kita, dahlah byk karbohidarat tapi kurang nutrisi..karbohidrat boleh tingkatkan paras gula dalam darah tau ibu2, bapak2 sekalian..ish3x...


senang jer nak amalkan herbalife ni sbnrnye, sbb dia sangat mudah disediakan..semudah ABC..tp dlm
herbalife, ia semudah 123..satu utk cleanse, 2 utk detoks, and 3 utk nutrisi..itulah konspe dlm herbalife ni
and achu memang amalkan 123 ni stp pagi and malam..selain dpt kurus badan pon jadi lebih sihat..best kan

kalau nak jadi kurus and sihat tanpa berlapar macam achu, do contact me at 0133560499..jgn diet yg bkn2 sudah semata2 nak jadi kurus..mcm sepupu achu, dia makan ubat kurus tau and now dia kena buang buah pinggang..sian kan..itulah bahayanyer ubat kat badan kita sbb dia ganggu sistem badan sbb kandugan dadah yg ada dalam tu. cthnyer mcm yg pernah keluar kat surat khabar yg ckp duramine tu ade dadah yg bahaya utk badan kita..padahal klinik yg jual kowt..takut tak2?? apa yg achu dengar kurus memang akan kurus tp side effectnyer kulit kepala kering, badan terasa panas then akan dehydration..urm bahaya kan...so nk kurus pon mesti dengan cara yg betul tau..jangan main taram jer..kite ni nak guna badan lama, kalau muda2 dah sakit sana sini, macam mane nak buat kerja and cari duit utk tampung hidup..pastu klu dah sakit sape la plak nak jaga kita kan..simpang malaikat 44..

macam herbalife ni dia guna konsep nutrisi selular, which fulfill the needs of our body..so thats why bile kite makan herbalife bkn jer kite dpt kurus tp dpt jadi lebih sihat.ok achu rasa, nanti achu share lagi pasal herbalife ni tentang pengalaman achu, macam mana achu jumpa herbalife and sape yg patut guna herbalife ni..achu bkn nak jual ke apa tp achu bercakap sbg seorang pengguna yang sangat berpuas hati dan yang ingin menyebarkan nutrisi ni kepada semua org yg memerlukan..klu achu berpuas hati, anda pun pasti berpuas hati..

Sunday, 30 October 2011

skrg ni aku bkn nak tulis pasal terengganu lwan n.9 smlm, bkn psl gaddafi yg suda menggl dunia or pasal cite ombak rindu yg baru keluar kat pawagam...tapi aku nk bercerita psl diri aku skrg...tntg perasaan aku..
wat i feel is bercinta tu memang sgt menyakitkn, btl x..kte cemburu, kte merajuk n hati kita sakit bile 
tengok dia rapat or suke kat org lain..ape2 yg dia post kte nk tau sbb dia..
tadi aku baru je terbaca my lovedia share kat fb dia yg berbunyi we never realize how much we like sumone until 
we watch them liking sumone else...
is it he likes sumone else?
or is it his best friend?
i just dun know..klu nk ckp aku suke org lain surely not..sapela yg suke aku n sapela aku nk suke org lain...
klu dia suke org lain pon i will still luv him n m'doakn yg terbaik utk dia..n aku rela mengundurkan diri melihat
dia bersama dgn org yg dia suka...this is my word ok love...never heartbroken because i know u always deserve sumone better...

Thursday, 28 April 2011

sekali lagi....

entry kali ni entry marah beb...
wa bkn nk ckp ape samalu
tp lu bikin gua panas beb
huhu

aish...td dgn berbekalkan hati yg ikhlas dan suci murni beria la aku g teman si azrin g umah ecah nk tgk sbb dia sakit....last2 ckp da baik plak, ish cptnya recover...ok finee...so dgn hati yg memg malas nk tgk dia aku pon nk blik ar ni...smpai la kat satu tmpt jumpe hantu kak limah...siap baling air sabun plus kunyit lagi kat aku....aish soram den....slmt x buka silat je tyme tu, klu tdk memg kena hantu2 kak limah tu...hehehe...nk knl x hantu2 kak limah tersebut....meh kita terjah....


ni hantu kak limah pertama kite..berbaju biru...dlm buruan penangkap hantu...wanted, berhati2 kalau keluar rumah

setakat ini, hantu kak limah yg ke2 disyaki sdg mengganas...sgt berbahaya sbb luaran nmpk lembut tp di dalam rock beb....huhuh

ni hantu kak limah yang ke3...setakat ni rekod jenayah xde lagi...hobi mengambil gmbr...agk2 klu terjumpa kat tepi jalan org amik gmbr berwaspada la k.....
uish....sakit mato den ni ha....weyh korg letak serbuk ape nih...ish3x...

gambar2 kat bwh ni sume menunjukkan kekejaman hantu2 kak limah yg berkeliaran...klu terjumpa laporkanpd polis dgn segera...hehe

Monday, 25 April 2011

thank u so much guys....lov u all...

hai mase ni tgh otw nak g tesco nk buka pose and at the same tyme nak poei mkn kek...kek sape lg my befday kek la...hehe

ni la kek dia....american chocholate cake...ditempah khas dr amerika terus ke malaysia....wah sggh terharu....kui3x...

tp apesal kek amerika ni keras sgt weyh, cik aina, nory n azrin...adoyai...keluar peluh jantan aku

 ecece...ni saje je buat muka ayu siket...aina:nyampah tol aku tgk muka ko ni....hahahah
 urmmmmmmmmmmmmm....nyummm...nyummmm....bila nk mkn ni...


 aishhh....ni la nori..eiii muka x saba n da lapo sgt tuh...t'kentut2 da tuh....haaakaaakaka
eh eh dok diam la kek ni...(nmpk sgt x reti potong kek...nk buet camno org kampung je x mkn kek amerika yg keras2 ni...ahaha)...

haha...slow2 la tercekik aku mkn kek keras ni...
alololo....nori suap aku mkn kek dowh....caya jgn x caya k...meletup gitu...
k itu sahajalah peristiwa yg berlaku ari ni...walau pape pon sgt bes...semoga taun depan kite dpt smbut befday yg lg havoc, gempak dan besh k...
eh lupa plak...esk befday org t'syg aku la...
aku nk wish kat dia supaya kasih syg dia kat aku lg b'tmbah n aku akn syg dia lg byk2222.....
apa yg aku merepek ni...wateva la...
nk ckp pa ek kat dia...ummmmm...
saya syg awk je ke?
simple nye....
xpela rahsiala...hehehe

Sunday, 24 April 2011

happy birtday to me..

happy birthday to me
happy birthday to me
happy birthday to me

ecece....
esk aku punya birthday yg ke20...
urm da tua da pon...25 april xkan aku lupe,26 april plak befday si dia yg ku syg...
mcm janji plak kn...mse tyme sekolah dulu ktorg slalu smbut sama2, skrg pon jgk...
sabtu lpas la yg ktorg g time square tu...juz mkn2 je...x tau nk bagi hadiah apa

tp hari ni sesuatu telah berlaku....haish...
.............
............
...........
rommate aku xcident.....jatuh....tergolek2..........berdarah.............
n menangis sbb terharu msh hidup........alhamdulillah....................
trauma sekejap dia nk naik moto td....
ni la iena naim yg xcident td....cian..slmt muka xde pape. klu tdk b'parut la muka kau...


semoga menjelang umur 20 ni iman aku ditambahkan dan dikurangkan dosa.....
-TO MY SUPER SPECIAL BELOVED LOVER-
oooo══════════════ ೋღ☃ღೋ ════════════════oooo ♥ SELAMAT HARI LAHIR... ♥
♥ SEMOGE PANJANG UMUR DAN MURAH REZEKI.. ♥ 
♥ DAN SEMOGA BERTEMU KEBAHAGIAAN YANG KEKAL ABADI ♥
~~~~~~~~~~~~~~~~~~
- FIRSTLY-
KEEP SMILE SEBAB AWAK AKAN NAMPAK AYU SGT..
BE MORE MATURED K, AWAK TU DAH TUA..HEHE
DAH 20 KAN..HEHE(JANJI TU BOLEH TERTUNAI KEW..??

- LAST WORD -
I THINK I LOVE U MORETHAN U KNOW..
TRUST ME
╚══════════════ ೋღ☃ღೋ ════════════════

hehe...ni wish yg baru aku terima dr si dia...time ksh ae awk..
syggggggggggggggggawk sgt222
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
The Body Mass Index is determined with the formula body weight in kilogramm divided by height to square. To make it easy for visitor of your homepage to calculate the BMI, use the Free BMI Widget/BMI-Club in your homepage . Please take also a look at BMI Children.
Thank you for using the Body Mass Index (BMI) calculator of BMI-Club.