rujukan dari: http://tayibah.com/eIslam/gout.htm
GOUT

Penyakit Gout merupakan satu bentuk arthritis yang
disebabkan oleh hyperuricemia. Hyperuricemia ditakrifkan sebagai aras plasma
urate (asid urik) melebihi 420 μmol/L (7.0 mg/dL); hyperuricemia adalah
ciri-ciri utama gout dan pasti ada bagi penyakit gout walaupun aras asid urik
yang tinggi tidak semestinya bererti seseorang itu akan mengidap penyakit
gaut.GOUT memang sudah sebati dikaitkan sebagai penyakit lelaki dan ia jarang
sekali berlaku kepada wanita. Jika ada pun, kemungkinan berlaku hanyalah
selepas wanita mengalami menopaus.
Apabila gout menyerang, kaki akan menjadi bengkak, panas dan
amat sakit hingga ada sesetengah pesakit tidak boleh berjalan. Malah, kesakitan
ini boleh berlanjutan beberapa hari dan hanya hilang dengan pengambilan ubat.
Gout mula dikenal pasti lebih 2,000 tahun dulu dan dikatakan
antara penyakit tertua. Dulunya ia dipanggil penyakit orang kaya lantaran ia
dikaitkan dengan pengambilan makanan dan minuman yang terlalu banyak khasiat.
Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang
dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan buangan
yang terhasil daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu
lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.
Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan
hablur garam dan hablur inilah yang mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga
dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke
sendi lain pada kaki dan tangan.
Menurut Perunding Pembedahan Ortopedik dan Trauma, Dr Robert
Penafort, punca sebenar masalah metabolik masih belum diketahui bagaimanapun
individu yang menghidap kencing manis, obesiti dan sakit buah pinggang juga
berisiko mendapat gout.Aras asid urik yang tinggi dikaitkan dengan usia,
obesiti, type IV hyperlipidaemia, diabetes mellitus, ischaemic heart disease
dan hypertension. Kadang kala, seseorang itu mewarisi kecacatan genetik dari
keluarga mereka.
Tisu lembut
Gout boleh dibahagikan kepada empat peringkat; asimptomatik
(tiada simptom), akut, interkritikal dan kronik. Dalam kes akut, simptom gout
berlaku secara cepat dan tiba-tiba; biasanya hanya menyerang tisu lembut pada
beberapa sendi.
Manakala bagi peringkat kronik, serangan gout boleh berlaku
berulang-ulang yang dipanggil polyarticular gout. Pesakit akan berasa amat
sakit, kejang dan kaki berubah bentuk. Ada juga yang mungkin menghadapi masalah
kaki bengkak, merah, panas dan demam.
Pengumpulan asid ini boleh dilihat melalui kulit akibat
pembentukan bonjolan kecil yang dipanggil tophi. Pada keadaan yang lebih
serius, tophi yang terlalu besar mungkin pecah dan mengeluarkan bahan seperti
kapur.
“Selain kaki, gout juga boleh berlaku pada anggota badan
yang lain seperti buku lali, lutut, tangan dan pergelangan tangan. Kesakitan
boleh berlanjutan antara lima hingga 10 hari mengikut keadaan pesakit. Sendi
yang diserang gout akan bengkak, merah dan panas.
“Secara semula jadi asid urik akan larutkan dalam darah dan
disingkirkan daripada badan melalui air kencing. Adakalanya badan menghasilkan
terlalu banyak sehingga ia berkumpul menjadi kristal berbentuk jarum pada sendi
atau tisu sekelilingnya menyebabkan sendi bengkak dan sakit,” katanya.
Bagaimanapun, bukan semua sakit sendi disebabkan kristal
asid urik kerana pemendapan kalsium pirofosfat dihidrat juga boleh menyebabkan
kesakitan pada pergelangan kaki, lutut dan pergelangan tangan — yang dipanggil
gout palsu atau pseudogout.
Tanda-tanda
Ciri-ciri klasik adalah sakit melampau ( excruciating pain )
yang mengejut biasanya bermula hanya pada satu sendi, terutamanya ibu jari kaki
(75% daripada serangan pertama adalah sendi metatarsal-phalangeal pertama).

FAKTOR RISIKO
· Jantina — Secara
umumnya, lelaki lebih berisiko mendapat gout pada kadar 90 peratus kes yang dilaporkan.
· Gaya hidup —
Individu yang banyak minum minuman keras terutama bir dikatakan lebih berisiko
mendapat gout.
· Obesiti — Terutama
bagi individu yang mempunyai berat badan lebih 66 kilogram daripada berat badan
normal.
· Penyakit, keadaan
kesihatan dan ubat — Sesetengah penyakit seperti tekanan darah tinggi yang
tidak dikawal, diabetes, hiperdislipidemia (paras lemak dan kolesterol yang
tinggi) dan arteriosklerosis (penyempitan salur darah) juga boleh menyebabkan
gout.
Individu yang menjalani pembedahan atau mendapat sakit tenat
secara tiba-tiba dan terlantar lama juga boleh mengalami peningkatan asid urik
dalam badannya. Malah, ubat mengawal tekanan darah dan kemoterapi juga dikenal
pasti boleh meningkatkan paras asid urik dalam badan pesakit.
· Genetik — Kajian
mendapati satu daripada empat pesakit datang daripada keluarga yang ada masalah
gout.
· Umur — Biasanya
gout menyerang pesakit tua tetapi kini banyak kes membabitkan pesakit berumur
30 hingga 50 tahun. Manakala bagi wanita, kebanyakan kes bermula selepas umur
putus haid.
Bila sepatutnya mendapatkan rawatan? Kata Dr Penafort,
apabila sendi berasa panas, bengkak dan sakit kerana jika tidak dirawat masalah
ini akan bertambah buruk serta boleh menyebabkan kerosakan sendi.
Malah, individu yang mengalami masalah kencing manis,
obesiti, anemia, pesakit buah pinggang atau pengambilan ubat yang mengganggu
pengkumuhan asid urik turut berisiko mendapat gout. .
Menurut Dr Penafort, asid urik biasanya disingkirkan
daripada badan melalui air kencing dan najis. Kegagalan badan mengeluarkan asid
urik berlebihan akan menyebabkan ia mendak dan berkumpul sama ada di sendi,
buah pinggang atau kulit.
Mewarisi
Gout juga biasa dikaitkan dengan tabiat pemakanan tidak
sihat dan seimbang. Walaupun begitu, dalam sesetengah kes ia boleh diwarisi,
terutama individu yang tiada enzim untuk membuang asid urik.
Gout juga boleh disebabkan masalah obesiti, gemuk, tekanan,
kerosakan buah pinggang. Bagi individu yang mempunyai masalah gout, mereka
disarankan untuk berpantang sedikit dan menghindarkan makanan kaya purin
seperti bijirin, makanan laut, makanan berprotein tinggi, ikan bilis, minuman
keras, kicap, teh dan kopi. Sebaliknya, minum lebih banyak air masak
sekurang-kurangnya lapan gelas sehari dan kerap bersenam.
Buat masa sekarang, tiada rawatan khas untuk menyembuhakan
gout tetapi masalah ini boleh diatasi dan dikawal dengan mengambil ubat tahan
sakit seperti endometacin (indocid) dan diclofenac (voltaren).
Individu yang kerap mengalami serangan gout sebaik-baiknya
mempunyai bekalan ubat allopurinol di rumah untuk mengimbangkan paras asid urik
dalam badan yang perlu diambil sepanjang hayat.
Beberapa ubat yang dicadangkan bagi rawatan jangka panjang
termasuk uricosuric (probenecid dan sulphinpyrazone).
Manakala untuk serangan mendadak, pesakit boleh mengambil
ubat antiinflamatori bukan steroid (NSAIDs), colchicine (untuk serangan yang
kurang kerap) dan corticosteroids.
Diagnosis
Diagnosis tepat bagi gout adalah melalui microscopi ( fluid
aspirated ) sendi dari sendi (ujian ini mungkin sukar dilaksanakan) untuk
membuktikan kristal monosodium urate intrasellular dalam cecair synovial
polymorphonuclear leukocytes.
Aras Serum urate biasanya meningkat. Serum urea dan
creatinine mungkin meningkat sekiranya terdapat kegagalan ginjal.
Rawatan
Rawatan awal adalah penghilang sakit. Apabila diognasa telah
disahkan, dadah pilihan adalah (colchicine, nonsteroidal anti-inflammatory
drugs (NSAIDs), atau intraarticular glucocorticoids ). (Dalam bahasa Inggeris)
Rawatan jangka panjang adalah terapi antihyperuricemik.
Perubahan permakanan mampu membuat perubahan kecil kepada mengurangkan aras
plasma urate jika diet rendah ( purines ) diambil. Rawatan utama gaut adalah
dadah allopurinol, satu pemendam xanthine oxidase, yang bertindak dengan
mengurangkan penghasilan asid urik, dan meningkat penyingkiran asid urik
berlebihan melalui air kencing.
Keputusan mengambil allopurinol sering kali merupakan
keputusan sepanjang hayat. Terdapat pesakit yang berhenti pengambilan allopurinol
diketahui kembali mendapat gaut arthritik akut, disebabkan pertukaran aras
serum urate kelihatannya meningkatkan penhasilan kristal.
Oleh kerana arterial hypertension sering wujud seiring
dengan gout rawatan yang diberikan dengan menggunakan losartan, musuh penerima
AT, mungkin mempunyai kebaikan tambahan pada aras plasma asid urik. Dengan ini,
losartan boleh mengimbangi kesan sampangin negetif thizides pada metabolisma
pesakit gaut.
Menariknya, sejenis dadah lain, fenofibrate, digunakan untuk
merawat hyperlipidemia, juga memberikan kesan baik pada kesan uricosuric.

Diet rendah Purine:
ceri didapati mampu mengurangkan asid urik
strawberry juga dikatakan membawa kebaikan sekiranya di
makan.
elakkan makanan tinggi purine, iaitu yang berasal dari
sumber protin
hadkan daging kepada satu hidangan sehari
Jangan makan
sweetbreads, buah pinggang, hati, otak, atau sebarang daging
organ lain
sardin
ikan bilis
hasil daging, consommés, dan ( gravies )
Guna secara berhemah:
asparagus, kacang, lentils, peas, cendawan, cauliflower,
spinach, rhubarb
Elakkan kurang air:
Minum banyak cecair, terutamanya air, untuk mecairkan dan
membantu proses penyingkiran urate;
Cuba elakkan makanan atau ubat diuretik seperti aspirin,
vitamin C, tea dan alkohol.
Joe-Pye weed menyingkir asid urik dengan pantas, tetapi
pengunaan berterusan boleh merosakkan hati atau buah pinggang.

No comments:
Post a Comment